_3. PENDAFTARAN KURSUS LATIHAN INDUSTRI
3.1. Tempoh pendaftaran kursus LI
Pelajar diwajibkan mendaftar kursus LI satu semester lebih awal sebelum menjalani LI. Pelajar dikehendaki mendaftar dengan Unit Perhubungan & Latihan Industri (UPLI) pada atau sebelum minggu ke 4 semester tersebut. Pelajar yang GAGAL berbuat demikian TIDAK LAYAK menjalani LI.
3.2. Syarat Kelayakan LI
3.2.1. Telah mendaftar kursus LI.
3.2.2. Mendapat Kedudukan Baik (KB) atau Kedudukan Bersyarat (KS) dalam peperiksaan semester sebelumnya.
3.2.3. Memperolehi jumlah jam kredit yang ditetapkan dengan merujuk Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian.
3.2.4. Dilindungi insurans.
3.2.5. Telah menduduki dan lulus kursus-kursus prasyarat yang ditetapkan.
3.2.6. Memenuhi lain-lain arahan yang ditetapkan oleh politeknik.
3.2.7. Bagi kursus LISA, pelajar perlu lulus semua kursus yang diambil seperti disyaratkan dalam struktur program berkenaan dengan mendapat HPNM 2.0 dan ke atas.
4. PERSEDIAAN SEBELUM LI
4.1 Taklimat Pengenalan LI Pelajar dikehendaki menghadiri taklimat tersebut yang bertujuan memberi panduan kepada pelajar mengenai:-
4.1.1 Kurikulum LI.
4.1.2 Kaedah memilih dan memohon tempat LI.
4.1.3 Kesesuaian tempat mengikut program pengajian.
4.1.4 Penilaian LI.
4.1.5 Peraturan dan disiplin semasa LI.
4.2 Kaedah Memohon Tempat LI
Pelajar boleh memohon tempat LI dengan menggunakan kaedah berikut:
4.2.1 Melalui UPLI, ATAU
4.2.2 Memohon sendiri ke organisasi yang dipilih.
4.3 Permohonan Melalui UPLI
4.3.1 Pelajar hendaklah menyemak senarai organisasi latihan yang boleh dipohon melalui UPLI.
4.3.2 Serahkan resume kepada UPLI untuk urusan permohonan.
4.3.3 Membuat persediaan untuk ditemuduga oleh syarikat (sekiranya perlu)
4.3.4 Menyemak status permohonan melalui UPLI.
4.4 Permohonan Sendiri Ke Organisasi Latihan Yang Dipilih
4.4.1 Pelajar boleh menyemak senarai organisasi di UPLI.
4.4.2 Pelajar perlu mendapatkan maklumat berkaitan organisasi tersebut sebagai rujukan sebelum membuat permohonan (sekiranya organisasi tidak tersenarai di UPLI)
4.4.3 Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
4.4.3.1 Latar belakang organisasi
4.4.3.2 Jenis aktiviti
4.4.4 Pelajar boleh membuat permohonan sendiri dengan menggunakan surat permohonan rasmi dengan menyertakan resume dan borang jawapan setelah berbincang dengan PPLI/PLIJ/PA.
4.4.5 Pelajar perlu membuat persediaan untuk ditemuduga oleh syarikat (sekiranya perlu).
4.4.6 Jika pelajar menerima Borang Jawapan daripada organisasi, pelajar mesti menghantar ke UPLI dengan kadar segera.
PERINGATAN Pelajar TIDAK dibenarkan memohon lebih daripada satu tempat latihan pada satu-satu masa. Pelajar yang mendapat tawaran lebih dari satu organisasi latihan dikehendaki membuat pembatalan secara rasmi kepada organisasi terlibat setelah mendapat persetujuan dari UPLI.
4.5 Taklimat Persediaan LI.
4.5.1 Pelajar dikehendaki menghadiri taklimat tersebut yang bertujuan memberi panduan kepada pelajar mengenai etika, peraturan, tindakan disiplin dan tatatertib semasa LI.
4.5.2 Panduan menulis Jurnal Refleksi dan Laporan Akhir Latihan Industri.
4.5.3 Kriteria penilaian LI.
4.6 Penempatan LI
4.6.1 Penempatan akan dilakukan sekiranya pelajar telah mematuhi/memenuhi SEMUA syarat seperti dinyatakan dalam perkara 3.2 iaitu Syarat Kelayakan LI
4.6.2 Pelajar perlu mendapatkan Surat Pengenalan Lapor Diri dari UPLI.
4.6.3 Surat tersebut mengandungi maklumat berikut:
4.6.3.1 Nama dan alamat organisasi.
4.6.3.2 Nama pegawai yang bertanggungjawab.
4.6.3.3 Nombor telefon dan faks organisasi.
4.6.3.4 Tarikh dan masa lapor diri.
4.6.4 Surat Penempatan Latihan Industri akan dihantar kepada organisasi untuk memaklumkan nama pelajar, tarikh dan masa pelajar melapor diri.