Garis panduan untuk pelajar politeknik yang menjalani latihan industri.
gp_li_pelajar.pdf | |
File Size: | 1359 kb |
File Type: |
makluman_penilaian_cohort_lama_li10042012.pdf | |
File Size: | 1440 kb |
File Type: |
_LATIHAN INDUSTRI adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program LI diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus LI memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya. Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif professional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang. Garis Panduan ini sah untuk digunapakai bagi pelajar-pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi mulai sesi Disember 2011 yang mengambil kursus AT401 Latihan Industri.
Hasil Pembelajaran.
Selepas melengkapkan kursus Latihan Industri, pelajar seharusnya mampu:
1. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.
2. Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat.
3. Mengamalkan kerja berpasukan.
4. Profesional dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi.
5. Menerangkan tugas-tugas yang diberikan (semasa LI) mengikut format yang ditetapkan