_5. KEPERLUAN SEMASA LATIHAN INDUSTRI
5.1. Melapor Diri di Organisasi Latihan
5.1.1. Pelajar dikehendaki melapor diri di organisasi latihan pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan menampilkan sahsiah yang baik sebagai seorang pelajar politeknik.
5.1.2. Dokumen Semasa Melapor Diri
Semasa melapor diri, pelajar dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut:
5.1.2.1. Surat Lapor Diri Latihan Industri
5.1.2.2. Kad Pelajar
5.1.2.3. Jurnal Refleksi
5.2. Dokumen Selepas Melapor Diri
5.2.1. Setelah melapor diri, pelajar dikehendaki melengkapkan dokumen-dokumen berikut:
5.2.1.1. Kad Pengesahan Lapor Diri
5.2.1.2. Kad Maklumat Pelajar & Pelan Lokasi
5.2.2. Semua dokumen di atas hendaklah dihantar/dipos ke politeknik dalam tempoh DUA (2) minggu selepas melapor diri di organisasi. Sekiranya gagal berbuat demikian, pelajar dianggap tidak melapor diri di organisasi dan akan dikenakan tindakan tatatertib (rujuk perkara 8.8 Tindakan Hukuman).
5.3. Sekiranya berlaku pertukaran alamat tempat latihan, pelajar dikehendaki untuk melengkapkan Kad Pertukaran Alamat dan menghantar kad tersebut kepada UPLI dengan kadar segera.
5.4. Pertukaran organisasi
5.4.1. Pertukaran tempat latihan adalah TIDAK DIBENARKAN selepas surat penempatan dikeluarkan. Pertukaran tempat latihan hanya akan dipertimbangkan di atas alasan-alasan yang munasabah dan mendapat kebenaran bertulis daripada UPLI.
5.4.2. Pelajar yang bertukar tempat latihan tanpa kebenaran adalah melanggar peraturan LI dan boleh dikenakan tindakan tatatertib (rujuk perkara 8.7 Tindakan Hukuman).
5.5. Cuti
“Pelajar tidak dibenarkan mengambil cuti sewaktu menjalani latihan industri kecuali dengan kelulusan organisasi yang bekaitan” Dasar Latihan Industri IPT (muka surat 35)
5.5.1. Pelajar TIDAK dibenarkan mengambil cuti sewaktu menjalani LI kecuali dengan kelulusan organisasi yang berkaitan. Walau bagaimanapun, sebarang cuti bagi tujuan urusan rasmi perlulah terlebih dahulu mendapat kelulusan organisasi dan memaklumkan kepada UPLI.
5.5.2. Sekiranya berlaku kecemasan, pelajar hendaklah memaklumkan kepada pihak organisasi dengan segera dan mendapatkan surat kebenaran cuti daripada organisasi tersebut.
5.5.3. Hanya sijil sakit yang disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan diterima pakai oleh politeknik. Sijil sakit klinik swasta yang melebihi DUA (2) hari tidak akan diterima tanpa pengesahan hospital Kerajaan.
5.5.4. Salinan surat cuti atau sijil akuan sakit hendaklah ditampal dalam Jurnal Refleksi.
5.5.5. Sekiranya pelajar mengalami kemalangan semasa menjalani LI dan memperolehi sijil sakit melebihi ENAM (6) hari, pelajar perlulah:
5.5.5.1. Mendapatkan surat pengesahan perubatan daripada hospital kerajaan.
5.5.5.2. Mendapatkan sokongan daripada Ketua Jabatan sekiranya ingin menangguh LI.
5.5.5.3. Melapor dan menghantar SATU (1) salinan sijil sakit kepada UPLI.
5.6. Pemantauan LI Pelajar
5.6.1. Pemantauan akan dilakukan sekurang-kurangnya SATU (1) kali dalam tempoh pelajar menjalani LI.
5.6.2. Perkara-perkara yang akan disemak ialah:
5.6.2.1. Jurnal Refleksi
5.6.2.2. Draf awal Laporan Akhir Latihan Industri
5.6.2.3. Maklumbalas/aduan pelajar berkaitan latihan yang dijalani.
5.7. Keperluan Insuran
5.7.1. Semua pelajar Politeknik WAJIB dilindungi insuran.
5.7.2. Pihak politeknik TIDAK bertanggungjawab ke atas sebarang pampasan/ganti rugi jika berlaku kemalangan samada di tempat latihan atau di luar tempat latihan.
5.8. Jika berlaku kemalangan semasa latihan, pelajar atau wakil pelajar dikehendaki memaklumkan kepada UPLI dan menghubungi Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) politeknik.
5.9. Berikut disenaraikan dokumen yang perlu disediakan oleh pelajar atau waris pelajar sebelum membuat tuntutan sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian atau keilatan kekal :
5.9.1. Borang Tuntutan insuran yang boleh didapati di JHEPP.
5.9.2. Laporan Polis
5.9.3. Laporan pegawai perubatan/Post Mortem
5.9.4. Surat Akuan – pengesahan pelajar Politeknik.
5.9.5. Salinan Kad Pengenalan yang disahkan
5.9.6. Sijil Kematian yang disahkan (jika berkaitan)
5.10. Saluran Maklumbalas Pelajar.
Sebarang maklumbalas boleh disalurkan terus kepada UPLI melalui saluran-saluran berikut:
5.10.1. Hadir sendiri ke UPLI (dengan mengisi borang maklumbalas pelanggan)
5.10.2. Telefon
5.10.3. Surat
5.10.4. E-mail